Panduan Pelaburan Emas di Malaysia menurut JutawanEmas
Emas merupakan pelaburan yang amat baik untuk jangkamasa sederhana dan panjang. Ini kerana nilai emas sentiasa meningkat dari tahun ke tahun.
Sebagai contoh,
harga untuk 1 ounce (31.10 gram) syiling Kijang Emas pada:
18/7/2001 ialah RM1082.00, RM34.80/gram
07/6/2008 ialah RM3048.00, RM98.00/gram
18/12/2011 ialah RM5331.00, RM171.40/gram
Ini adalah kenaikan sebanyak 181.70% dalam masa 7 tahun atau 392% dalam masa 10 tahun dengan purata pulangan 40% setahun!!
Namun tahukah anda bagaimanakan cara untuk anda membuat pelaburan emas di negara kita? apakah pelaburan yang terbaik? dimana mendapatkannya?
Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia.
Antaranya ialah:
1. Membeli emas di kedai Emas
2. Membeli wang syiling Kijang Emas di Maybank
3. Membeli Emas fizikal di UOB Bank
4. Simpanan Gold Saving Passbook di Maybank dan Public Bank
5. Membeli Dinar/Dinar Emas Kelantan